Info Kemasukan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa permohonan untuk mengikut program pengajian siswazah yang ditawarkan. Pengambilan untuk program mod kerja kursus dan mod campuran dibuat dua kali setahun iaitu pada Oktober hingga November (Kemasukan Februari tahun berikutnya) dan April hingga Mei (Kemasukan September).Pengambilan untuk program pengajian mod penyelidikan boleh dibuat pada bila-bila masa.
Permohonan boleh dibuat melalui sistem Guest (http://guest.ukm.my/). Sistem permohonan ini adalah ditadbir oleh Pusat Pengurusan Akademik Siswazah (PPA) yang boleh dihubungi di talian 03-8911 8455/8453/8389/8425 dan laman sesawang mereka ialah (www.ukm.my/akademik)