Duta Siswazah
Duta siswazah merupakan program sukarela yang diperkenalkan oleh Pusat Siswazah (PS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Duta Siswazah secara rasminya dilantik dan diperkenalkan melalui Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian pada 25 Januari 2015. Duta Siswazah terdiri daripada pelajar Sarjana dan PhD UKM (dari dalam dan luar Negara) yang mewakili Pusat Siswazah secara khasnya dan UKM secara umumnya. Duta Siswazah UKM dipilih selepas melalui proses pemilihan dan siri latihan demi mengenalpasti calon Duta Siswazah yang boleh berkomunikasi dengan baik, berpemikiran kritis, berkepimpinan serta boleh bekerja dalam pasukan.
Antara peranan utama Duta Siswazah adalah:
- Sebagai sumber rujukan kepada pelajar baru dan bakal pelajar UKM (dari dalam dan luar negara) untuk memberi penerangan dan nasihat berkaitan isu akademik dan hal ehwal pelajar Siswazah UKM.
- Membantu memberi perkhidmatan pelanggan seperti penganjuran program akademik mahupun khidmat masyarakat serta kebudayaan, orientasi pelajar baru, dan lawatan ke UKM oleh pihak luar.
- Membantu UKM secara umumnya dalam mempromosikan program pengajian siswazah UKM dengan pengetahuan budaya dan kekuatan bahasa ibunda masing-masing.
- Menjadi pegawai pengiring dan pemudahcara kepada pelawat dari dalam dan luar negara yang datang ke UKM.