Pusat Siswazah UKM ditubuhkan pada Jun 2014 hasil penstrukturan semula Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) yang dipecahkan kepada dua entiti berasingan (Pusat Siswazah UKM dan Pusat Pengurusan Akademik – Siswazah). Pusat Siswazah UKM berperanan sebagai penggerak perancangan strategi dan pembangunan program pengajian dengan kerjasama fakulti dan institut. Selain itu, Pusat Siswazah UKM juga berperanan aktif dalam aspek bimbingan dan latihan kepada siswazah UKM dalam meningkatkan kemahiran profesional dan insaniah, kompetensi, keusahawanan dan inovasi.
Selaras dengan peranan yang baru, Pusat Siswazah mempunyai lima (5) bahagian utama iaitu:
- Unit Perancangan dan Pembangunan Strategik Siswazah;
- Unit Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
- Unit Bimbingan dan Latihan Siswazah
- Unit Kompetensi Siswazah
- Unit Promosi Siswazah dan Penajaan
a) Unit Perancangan dan Pembangunan Strategik Siswazah
- Merancang strategi dan membangunkan program pengajian siswazah universiti bagi memastikan tampakan identiti dan impak UKM kepada masyarakat, negara dan dunia.
- Merancang strategi peningkatan enrolmen siswazah untuk mencapai sasaran universiti
- Menjalankan penyelidikan bagi menyokong pembangunan strategi siswazah
b) Unit Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
- Membentuk dasar, peraturan dan garis panduan untuk pengajian siswazah.
- Memberikan nasihat bagi melaksanakan dasar, peraturan dan garis panduan pengajian siswazah.
- Memastikan perlaksanaan strategi pembaikan pengurusan kualiti.
c) Unit Bimbingan dan Latihan Siswazah
- Menyediakankan latihan tambahan dan bimbingan untuk pembangunan profesional siswazah.
- Memberi sokongan kepada siswazah dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, penerbitan dan kemahiran pembentangan.
- Mengurus anugerah-anugerah khas yang tersedia untuk dimenangi oleh pelajar siswazah.
d) Unit Kompetensi Siswazah
- Mewujudkan hubungan dengan agensi kerajaan dan industri bagi kepentingan siswazah yang bakal bergraduat.
- Meyediakan platform pendidikan siswazah yang lengkap bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran keusahawanan dan inovasi.
- Menyediakan khidmat rundingan dan bimbingan kerjaya.
e) Unit Promosi Siswazah dan Penajaan
- Menjalin hubungan dan jaringan antarabangsa yang berimpak bagi tujuan mempromosi pengajian siswazah khusus kepada Institusi Pengajian Tinggi Indonesia.
- Mengadakan aktiviti berbentuk akademik dengan pihak luar khususnya Institusi Pengajian Tinggi Indonesia bagi tujuan meningkatkan bilangan pelajar siswazah antarabangsa.
- Menjalankan fungsi sebagai pusat rujukan yang menyediakan maklumat mengenai pelbagai bentuk biasiswa, geran dan peluang-peluang yang berkaitan dengan penajaan siswazah.