Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta Taklimat MyBrain 2015
Taklimat Penajaan MyBrain15
Jemputan Ke Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Serta Taklimat MyBrain 2015
Pusat Siswazah UKM berbesar hati ingin menjemput pelajar siswazah dan pelajar pra-siswazah tahun 2, 3 dan 4 untuk menghadiri promosi pengajian siswazah dan taklimat penajaan MyBrain15 yang dianjurkan oleh Pusat Siswazah UKM dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Taklimat akan disampaikan oleh wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan merupakan salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, inovasi dan pembangunan negara. Diantara penajaan Program MyBrain15 adalah MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri. (https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15)
Untuk pendaftaran, klik
DI SINI
Terima kasih
Butiran promosi dan taklimat adalah seperti berikut:
ATUR CARA
Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta Taklimat MyBrain 2015
27 Mei 2015 (Rabu)
02.15 petang | Ketibaan Jemputan |
02.30 petang | Ucapan Alu-aluan Timbalan Pengarah, Pusat Siswazah UKM YBhg. Prof. Dr. Ishak Ahmad |
02.35 petang | Tuntas Bicara (Pitching) : Ketua Program Siswazah, FKAB, UKM YBhg. Prof. Madya Dr. Siti Masrinda Tasirin |
02.45 petang | Tuntas Bicara (Pitching) :Wakil, Pengarah IMEN, UKM YBhg. Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh |
2.50 petang | Tuntas Bicara (Pitching) : Penyelaras Program Siswazah SEL FUEL, UKM YBhg. Dr. Mahendra Rao Somalu |
02.55 petang | Tuntas Bicara (Pitching) : Timbalan Pengarah SERI, UKM YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Hafidz Haji Ruslan |
03.00 petang | Taklimat MyBrain 2015 oleh wakil KPM |
04.00 petang | Sesi Soal Jawab |
04.30 petang | Program Bersurai |