Dermasiswa Harapan Dalam Negara(YAYASAN PERAK)
DERMASISWA HARAPAN DALAM NEGARA (YAYASAN PERAK)
Bantuan ini bertujuan untuk:-
a) Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
b) Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
c) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
d) Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.
DERMASISWA HARAPAN (DALAM NEGARA)
Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:
(Syarat: Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
Ijazah Sarjana (Master)
RM1,500.00
Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
RM2,000.00
SYARAT DERMASISWA HARAPAN (DALAM NEGARA)
1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Salinan surat tawaran terkini.
2. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).
3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
5. Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).
6. Borang Permohonan:
a) Sokongan – Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN
UNTUK PERHATIAN:-
* Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
* Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
* Permohonan dibuka sepanjang tahun.
* Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
- Memohon Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara secara ONLINE http://dsys.com.
my/syarat2.php?id= f151d68894e3596d4c646070ce1f3d 1ccc50a94a - Borang Permohonan Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
- Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh disemak seperti senarai: www2.mqa.gov.my/
esisraf/kelayakan.cfm (UKM terpilih dan diiktiraf)