LAWATAN PENYELIDIKAN KE TAMAN PAKU PAKIS,UKM

poster PAKU PAKIS

Sertai kami menerokai Taman Paku Pakis sambil berekreasi dan mendengar mendengar bunyi riang-riang, semut gergasi dan juga burung.

Taman ini berkeluasan 20 ekar dengan menempatkan sumber bahan penyelidikan terutama membabitkan paku pakis sama ada kajian konvensional melalui kajian sistematik; palinologi; dan anatomi serta kajian molekular; anti-mikrobial dan fitokimia. UKM memiliki 200 spesies paku pakis berbeza yang pastinya boleh memukau pandangan umum dengan keunikan serta bentuk fizikal tumbuhan berkenaan. Selain paku pakis, banyak pokok-pokok lain boleh didapati di dalam taman ini seperti gaharu, meranti dan kembang semangkuk.

Para siswazah yang berminat untuk bersama-sama kami dimohon untuk mengesahkan pendaftaran melalui pautan berikut:-

http://goo.gl/forms/75xztB2OYu