Pemakluman Garis Panduan Baharu Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

Mesyuarat Pengurusan CRIM Bil. 6/2020 pada 17 Ogos 2020 telah bersetuju membuat penambahbaikan terhadap Garis Panduan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dengan membenarkan pelantikan GRA dalam kalangan pelajar Sarjana bukan warganegara di samping pelantikan dalam kalangan pelajar pengajian Doktor Falsafah sebagaimana garis panduan sedia ada.
 
Ratio pelantikan antara pelajar warganegara dan bukan warganegara adalah berdasarkan penetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan CRIM.
 
Garis panduan baharu ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.
 
Dokumen garis panduan baharu ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang CRIM, http://research.ukm.my/muat-turun/.
 
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai kami, Encik Mohd Asraf Bin Mohd Farid di talian 03-89214455.