PELANJUTAN TEMPOH DAN PERUBAHAN TARIKH BAGI PROSES PELAKSANAAN PENCALONAN ANUGERAH EMAS KEDOKTORAN DAN ANUGERAH EMAS SARJANA 2019
Keputusan Mesyuarat Senat ke-447 pada 27 Ogos 2018 bersetuju untuk memberi penganugerahan Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana kepada graduan pascasiswazah yang mencapai kecemerlangan seperti yang telah ditetapkan.
Kategori dan bidang adalah seperti berikut:
Ketegori | Bidang Sains, Teknologi dan Kesihatan | Bidang Sains Sosial | Jumlah Pemenang* |
---|---|---|---|
Anugerah Emas Kedoktoran | Seorang pemenang | Seorang pemenang | Dua (2) orang |
Anugerah Emas Sarjana | Seorang pemenang | Seorang pemenang | Dua (2) orang |
Fakulti/Institut dijemput untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana kepada pihak urus setia. Semua Fakulti/Institut perlu mencalonkan hanya seorang penama sahaja untuk kategori Kedoktoran dan Sarjana mengikut bidang yang berkaitan sahaja.
Setiap borang pencalonan oleh Fakulti/Institut perlu dikemukakan sebelum atau pada 12 Ogos 2019 (Isnin) kepada:
Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Anugerah Emas Sarjana
Pejabat Pengarah Pusat Siswazah
Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim
Universiti Kebangsaan Malaysia
u/p :Dr. Babul Airianah binti Othman (airianah@ukm.edu.my)
Ketua, Tadbir Urus Kualiti dan Pengajian Siswazah