Peraduan Instagram Merdeka, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

20160824120454_Page_4 20160824120454_Page_3

Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA KEMBALI LAGI DENGAN PELBAGAI HADIAH MENARIK BERJUMLAH RM25,000.00. TEMPOH PERTANDINGAN 16 OGOS 2016-16 SEPTEMBER 2016
Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016 yang bertujuan:-
• Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.
• Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;
• Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan (pedalaman) dan media online;
Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2016 secara kreatif melalui instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
a) Sila ‘LIKE & SHARE’
https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
TERMA & SYARAT Peraduan Instagram Merdeka 2016
  1. Peraduan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kecuali pihak urusetia peraduan;
  2. Tema peraduan adalah Sehati Sejiwa dan penyertaan adalah PERCUMA;
  3. GAMBAR atau VIDEO yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang peraduan dan penerbitan serta dimuatnaik diantara 16 Ogos 2016 sehingga 16 September 2016;
  4. VIDEO yang dihasilkan mestilah berdurasi TIDAK kurang dari 30 saat;
  5. Konsep GAMBAR atau VIDEO, perlu melambangkan Sehati Sejiwa dengan semangat patriotik dan memaparkan gelagat menyambut Hari Kebangsaan DAN/ATAU Hari Malaysia tahun 2016;
  6. Setiap GAMBAR/ VIDEO yang di muatnaik mestilah menyemarakkan Jalur Gemilang dan juga Huraian/ Slogan (caption) yang menarik.
  7. Pastikan juga anda menggunakan Hashtag yang telah ditetapkan iaitu #im2016umum / #im2016siswa / #im2016sekolah mengikut kategori yang ingin disertai dan #SehatiSejiwa @instamerdeka;
  8. GAMBAR/ VIDEO hendaklah menepati terma & syarat yang ditetapkan, Menyemarakkan JALUR GEMILANG serta menggunakan HASHTAG yang telah ditentukan mengikut kategori.
  9. GAMBAR/ VIDEO yang TIDAK menepati terma dan syarat akan terbatal secara sendiri walaupun GAMBAR/ VIDEO anda sememangnya kreatif;
  10. GAMBAR/ VIDEO berunsur negatif TIDAK layak untuk dipertandingkan;
  11. Peserta TIDAK dibenarkan mengubah suai GAMBAR/ VIDEO asli menggunakan sebarang aplikasi kecuali Instagram;
  12. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram sahaja dibenarkan;
  13. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan;
  14. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad atau sebarang peralatatan yang menggunakan sistem ANDROID;
  15. Kos penyertaan peraduan ini ditanggung sendiri oleh peserta dan tarikh tutup penyertaan 16 September 2016, jam 12.00 tengah malam;
  16. Peserta boleh menghantar seberapa banyak GAMBAR/ VIDEO tetapi peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja;
  17. Pihak penganjur (Jabatan Hal Ehwal Khas) mempunyai hak milik ke atas Gambar atau Video peraduan serta berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;
  18. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada *5 Oktober 2016 (*tertakluk kepada perubahan) dan, GAMBAR/ VIDEO yang dihantar peserta akan dikumpul dalam bentuk Collage untuk tujuan tayangan/ pameran.