Pertandingan 3 Minute Thesis

11138611_423012697872305_5197347312385143729_n

APAKAH ITU PERTANDINGAN 3 MINUTE THESIS?

3 MINUTE THESIS (3MT) adalah satu pertandingan TUNTAS BICARA PENYELIDIKAN yang dibangunkan oleh University of Queensland (UQ). Penyelidik peringkat Doktor Falsafah (PhD) diberi masa selama tiga minit untuk membentangkan pidato yang menarik tentang tesis mereka dan kepentingannya. 3MT adalah satu latihan yang mencabar pelajar untuk menggabungkan idea-idea dan penemuan penyelidikan mereka supaya boleh dibentangkan dengan ringkas lagi padat untuk penonton bukan dari bidang mereka.

Kriteria penilaian, syarat dan tatacara penyediaan untuk pertandingan 3MT ini boleh dirujuk di www.sps.utm.my/3mt. Para peserta diminta untuk mendaftar (wajib) di pautan ini: Registration Form For 3MT 2015.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 15 APRIL 2015

Pertandingan di peringkat UKM ini akan di adakan seperti butiran berikut :-
Tarikh : 16 April 2015 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 2,Pusat Siswazah UKM