Tuntas Bicara (Pitching) dan Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Taklimat MyBrain 2015
Jemputan Ke Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Serta Taklimat MyBrain 2015
Pusat Siswazah UKM berbesar hati ingin menjemput pelajar siswazah dan pelajar pra-siswazah tahun 2, 3 dan 4 untuk menghadiri promosi pengajian siswazah dan taklimat penajaan MyBrain15 yang dianjurkan oleh Pusat Siswazah UKM dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Taklimat akan disampaikan oleh wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan merupakan salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, inovasi dan pembangunan negara. Diantara penajaan Program MyBrain15 adalah MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri. (https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15)
Untuk pendaftaran, klik
DI SINI
Terima kasih
Butiran promosi dan taklimat adalah seperti berikut:
ATUR CARA
Tuntas Bicara (Pitching) dan Promosi Pengajian Program Siswazah di
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Taklimat MyBrain 2015
02 Jun 2015 (Selasa)
09.30 pagi | Ketibaan Jemputan |
09.35 pagi | Ucapan Alu-aluan Timbalan Pengarah, Pusat Siswazah, UKM YBhg. Prof. Dr. Ishak Ahmad |
09.45 pagi | Tuntas Bicara (Pitching) : Timbalan Dekan FSSK, UKM YBhg. Prof. Dr. Mohd Fuad Mat Jali |
10.00 pagi | Tuntas Bicara (Pitching) :Timbalan Pengarah KITA, UKM YBhg. Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib Khalid |
10.05 pagi | Tuntas Bicara (Pitching) : Pengarah IKMAS, UKM YBhg. Prof. Dr. Rashila Hj. Ramli |
10.10 pagi | Taklimat MyBrain 2015 oleh wakil KPM |
11.30 pagi | Sesi Soal Jawab |
12.00 tengahari | Program Bersurai |