Pusat Sukan

 UKM

Unit Kecemerlangan Sukan

PENGENALAN

Unit Kecemerlangan Sukan  merupakan unit yang bertanggungjawab sebagai Pusat Kecermelangan Sukan Kriket. Pemilihan sebagai Pusat Kecermelangan Sukan Kriket  oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah salah satu usaha kementerian pengajian tinggi dalam melahirkan ‘The Thinking Athletes’ dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30% atlet terdiri daripada pelajar Institutsi Pengajian Tinggi.

FUNGSI

1. Memastikan agar bakat yang dimiliki oleh atlet yang terlibat diperkembangkan lagi, walaupun melanjutkan pelajaran ke universiti dan menolak persepsi negatif bahawa bakat sukan mereka tidak akan berkembang sekiranya melanjutkan pelajaran di IPT.
2. Menyerap atlet berbakat melalui Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).
3. Menyediakan dan membangunkan barisan kepakaran seperti pegawai, jurulatih dan atlet yang mewakili sukan berprestasi tinggi di negara ini.
4. Merancang penganjuran Kejohanan Sukan Kriket dan Bola Tampar.
5. Mengurus penyediaan atlet untuk ke kejohanan dalam dan luar Negara.
6. Menguruskan kebajikan Atlet Kriket dan Bola Tampar seperti pencapaian akedemik, kewangan dan kolej kediaman.