Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pusat Sukan UKM

FB : https://www.facebook.com/share/p/1EsaCxsk7t/

Pada 28 Februari 2025, Pusat Sukan UKM telah menerima lawatan audit daripada dua orang staf Pusat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH UKM). Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan terhadap garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memastikan amalan terbaik diterapkan dalam pengurusan fasiliti sukan.

Beberapa lokasi utama telah diaudit, termasuk Stadium UKM, Kompleks Squash, dan Oval Kriket UKM. Penilaian menyeluruh ini dijalankan bagi mengenal pasti potensi risiko, menambah baik langkah keselamatan, dan memperkukuh budaya kerja yang selamat serta kondusif bagi semua pihak.
Pusat Sukan UKM komited dalam memastikan setiap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, selesa, dan produktif. Usaha berterusan ini adalah selari dengan visi universiti dalam memastikan kesejahteraan kakitangan serta pengguna kemudahan sukan terjamin.