MAJLIS PERJUMPAAN TNC HEPA BERSAMA ATLET BAHARU UKM

Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan TNC HEPA Bersama Atlet Baharu UKM Sesi 2023/2024. Program ini telah diadakan di Bangi Resort Hotel bermula dari 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meraikan seramai 36 atlet Elit Baharu UKM yang telah ditawarkan pengajian di UKM. Sebahagian daripada atlet-atlet ini dikenalpasti melalui Program Pencarian Atlet yang telah dianjurkan oleh Pusat Sukan pada 21 & 21 Mac 2023 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Program ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada atlet baharu mengenai peranan Pusat Sukan dalam membangunkan sukan dan atlet di UKM. Selain itu, para atlet juga telah diperkenalkan dengan YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan juga pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan sukan-sukan di UKM.
Pengambilan atlet kali ini terdiri dari pelbagai jenis sukan antaranya kriket, bola sepak, hoki, sofbal, silat, judo, olahraga, ragbi, gimnastik dan bola jaring. Harapan YBhg. TNC HEPA agar Pusat Sukan dapat mengekalkan kecemerlangan dengan mengenalpasti lebih ramai atlet untuk ditawarkan pengajian di UKM. Para atlet juga diminta agar menyeimbangkan pencapaian akademik dan sukan agar dapat menyumbang dalam dalam kecemerlangan Universiti Kebangsaan Malaysia.