NOTIS PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA MENAIK TARAF STADIUM UKM
FB : https://www.facebook.com/share/p/15mVGefGCh/
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan Stadium UKM akan dilaksanakan bermula 4 Mac sehingga 23 Jun. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan serta memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna pada masa hadapan.
Sehubungan itu, sepanjang tempoh penaiktarafan, penggunaan trek dan padang bola hanya dibuka bagi aktiviti riadah, manakala sebarang program atau acara rasmi tidak dibenarkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, kaunter tempahan kemudahan sukan akan beroperasi seperti biasa untuk tempahan kemudahan lain yang tidak terjejas oleh kerja-kerja penyenggaraan.
Bagi sebarang pertanyaan atau urusan tempahan, pihak berkepentingan boleh menghubungi Unit Fasiliti di talian 03-8921-5306.
Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh ini dan menghargai kerjasama semua pihak. Diharapkan projek ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberikan manfaat yang lebih baik kepada pengguna dengan menyediakan kemudahan yang lebih moden, selesa, dan selamat.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
#AtletHebatUKMHebat
#PusatSukan
#StadiumWajahBaru