Pernyataan Kualiti
VISI
Menjadi Pusat Kecemerlangan Sukan yang merancang dan menyediakan perkhidmatan sukan berkualiti dan sentiasa menambahbaik bagi menyokong Dasar Sukan Negara dan Dasar Pembangunan Sukan Institut Pengajian Tinggi.
MISI
Beriltizam untuk memberikan perkhidmatan dan kemudahan sukan bagi membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas serta berupaya memperkembangkan potensi diri.
OBJEKTIF KUALITI
Memproses permohonan tempahan kemudahan dan pinjaman peralatan sukan:
- Di kaunter: satu (1) hari dari tarikh terima permohonan
- Selain di kaunter; tiga (3) hari dari tarikh terima permohonan
Menganjurkan sekurang-kurangnya:
- Satu (1) kejohanan sukan untuk kakitangan UKM dalam setahun
- Satu (1) kejohanan sukan untuk pelajar UKM dalam setahun
Sekurang-kurangnya dua belas (12) atlet terpilih dalam skuad negara setahun