Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIT ULTRASOND

Pengenalan Unit 

Ultrasound adalah sejenis pemeriksaan pengimejan menggunakan gelombang bunyi yang tinggi bagi menghasilkan imej yang terdapat di dalam tisu badan seseorang. Ia adalah pemeriksaan yang selamat kerana tidak menggunakan sinaran radiasi (x-ray ) dan sangat sesuai bagi pesakit terutamanya yang hamil. Unit ultrasound di tubuhkan pada Julai tahun 1997 sejajar dengan penubuhan HUKM.

Bermula dengan hanya 3 buah mesin ketika itu, pada ketika ini, Unit Ultrasound memiliki 8 buah mesin dan yang terkini adalah model TOSHIBA Xario 200 yang di terima pada 27 November 2014. Selain itu, terdapat juga model Automated Breast Volume System (ABVS) yang lebih fokus kepada pengimejan 3D payudara.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Kemudahan

Unit Ultrasound mempunyai kemudahan mesin seperti berikut:

  • Mesin Ultrasound Philips iU22 xMATRIX Ultrasound System (1 buah)
  • Mesin Ultrasound Philips HD 11 XE (2 buah)
  • Model PHILIPS HD 11 Ultrasound System (2 buah)
  • Model Zonare (1 buah)
  • Mesin Toshiba Xario 200 (1 buah)
  • Mesin Siemens ABVS (terdapat di Unit Pengimejan Payudara)

Pemeriksaan yang ditawarkan di unit ini:

Semua pemeriksaan Ultrasound memerlukan temujanji. Sila dapatkan temujanji di Kaunter Utama Jabatan Radiologi.

  • Abdomen
  • Brain
  • Breast
  • Chest
  • Hepatobiliary
  • Neck
  • Pelvis
  • Scrotum/pelvis
  • Thyroid
  • Urinary tract/ KUB
  • Paediatric
  • Gynaecology

Jenis pemeriksaan khas yang ditawarkan di Unit ini dengan temujanji:

  • Biopsy thyroid
  • FNAC liver
  • Alcohol injection
  • Insertion
  • Doppler

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Temujanji

  • Semua pemeriksaan ultrasound memerlukan pesakit untuk mendapatkan temujanji di Kaunter Jabatan Radiologi.
  • Pemeriksaan doppler dewasa – Temujanji waktu petang sahaja
  • FNAC/ Biopsy – Temujanji (Selasa petang)
  • Muskuloskeletal (MSK) Dewasa (Shoulder/ Wrist/ hand/ knee dsb) – (Perkhidmatan tidak disediakan sehingga dimaklumkan).
  • ABD/ HBS/ KUB/ PELVIS/ THYROID/ Pediatrik / Scrotom dsb. (Temujanji seminggu sebelum berjumpa Doktor Klinik).

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Persediaan pesakit Ultrasound

  • Bagi pemeriksaan yang melibatkan abdomen atau hepatobiliary pesakit di kehendaki berpuasa selama 4 jam.
  • Manakala bagi pemeriksaan yang melibatkan pelvis/KUB pesakit di kehendaki menahan air kencing. Kakitangan yang bertugas akan memberikan air untuk di minum apabila tiba di unit ultrasound.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Maklumat kepada pesakit

  • Segala urusan pembayaran dan pendaftaran hendaklah di jelaskan di kaunter pendaftaran Jabatan Radiologi. Bagi pesakit yang berstatus pesara atau kakitangan awam tiada bayaran yang di kenakan namun bukti harus di sertakan apabila hadir semasa mendapatkan rawatan. Bayaran yang di kenakan bergantung kepada jenis pemeriksaan yang di kehendaki.
  • Semua pemeriksaan ultrasound memerlukan temujanji. Pemeriksaan Ultrasound hanya di lakukan untuk pesakit yang dirujuk dari klinik-klinik PPUKM pada waktu pagi bagi pesakit luar dan pada waktu petang bagi pesakit dalam.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Unit Ultrasound boleh dihubungi di talian 03-9145 5630.