Beraspirasi menjadi Jabatan yang terkehadapan dalam Pendidikan Radiologi, Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan peralatan diagnostik dan pengimejan yang tercanggih.
Misi Jabatan
Memberi perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisyen dan kos efektif. Membudayakan pembelajaran perubatan berterusan termasuk latihan dan penyelidikan dalam bidang radiologi.
Memberi perkhidmatan diagnosis dan rawatan kepada pelanggan; Menyokong usaha universiti melahirkan lebih banyak pelajar yang cemerlang, doktor-doktor pakar dan tenaga-tenaga pengajar baru; Memberi sumbangan kepakaran terhadap kesihatan masyarakat.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Pelanggan jabatan
Terdiri daripada pesakit dalam (pesakit wad) dan pesakit luar (pesakit dari klinik ppukm, klinik luar serta hospital lain). Ianya juga termasuk waris dan kakitangan yang berurusan dengan jabatan radiologi secara langsung dan tidak langsung.
Piagam pelanggan jabatan
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efisyen kepada pelanggan; Mengeluarkan laporan pemeriksaan radiologi dalam masa yang tercepat; Mengamal prinsip alara sewaktu menjalankan pemeriksaan radiologi.
Petunjuk prestasi jabatan
Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan ultrasound dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 90%. 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar.