Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIT CT SCAN

Pengenalan Unit

Unit CT Scan PPUKM telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1997 di Jabatan Perkhidmatan Radiologi. Bersesuaian dengan matlamat penubuhan PPUKM untuk menjadi sebuah pusat keilmuan perubatan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing terutama dalam menyediakan teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat, Jabatan Radiologi telah mengorak satu langkah ke hadapan lagi dalam bidang teknologi pengimejan dengan memperolehi 2 buah mesin CT scan yang canggih pada tahun 2017. Kecangggihan teknologi yang dimaksudkan adalah dengan memperkenalkan mesin teknologi tomografi berkomputer yang diberi nama sebagai Toshiba Aquilion One dan Toshiba Aquilion Prime. Mesin CT Scan Toshiba Aquilion One ini merupakan antara mesin yang tercanggih dengan berkeupayaan 640 slice dan merupakan mesin CT Scan yang pertama seumpamanya yang di perolehi untuk digunakan oleh Institusi Pengajian Perubatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Aquilion One yang mempunyai keupayaan 640 slice dan Aquilion Prime yang mempunyai 160 slice akan memberikan impak yang tinggi dalam perawatan pesakit dengan penghasilan imej tomografi berkomputer yang canggih terutama bagi pemeriksaan Tomografi berkomputer Jantung atau sinonimnya CT Cardiac dan Tomografi berkomputer kepala bagi kes strok atau sinonimnya CT Brain Perfussion dalam mendiagnos pesakit.

CT scan Aquilion One 640 slice yang canggih ini berupaya membuat satu “Volume Scan” sepantas 0.35 saat untuk satu rotasi bagi sesetengah pemeriksaan. Semua jenis pemeriksaan CT Scan dapat dilakukan dengan menggunakan mesin canggih ini. Tambahan pula banyak lagi pemeriksaan khusus atau “advanced” dapat dilakukan dengan mesin ini termasuklah pemeriksaan CT Brain Perfusion untuk kes stroke, CTA Coronary untuk melihat salur darah di dalam jantung, CT Colonography untuk melihat 3D dari dalam saluran usus dan banyak lagi pemeriksaan yang lain.

Tambahan pula teknologi komputer yang terkini dapat mengurangkan dos radiasi ke tahap yang paling minimum tanpa menjejaskan kualiti imej yang diagnostik. Ini akan memberikan impak yang sangat tinggi kepada pesakit terutama sekali pesakit kanak-kanak dengan keupayaan pemeriksaan yang sangat singkat yang akhirnya akan mengurangkan dos radiasi kepada pesakit.

Selain dari itu, dengan adanya mesin CT scan yang canggih ini ia dapat memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik dari UKM khususnya dan seluruh negara amnya untuk membuat kajian-kajian berimpak tinggi sekaligus menaikkan nama Pusat Perubatan UKM sebagai institusi perubatan terulung di negara ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Kemudahan
Unit CT Scan Jabatan Radiologi mempunyai modaliti seperti berikut:

  • Sebuah Unit CT Scan TOSHIBA Aquilion One (640 slice)
  • Sebuah Unit CT Scan TOSHIBA Aquilion Prime (160 slice)
  • Injektor bahan kontras – Medrad Stellant CT Injection System
  • Injektor bahan kontras – Medtron CT Injection System

Perkhidmatan Unit CT Scan

  • Unit CT Scan Jabatan Radiologi menawarkan perkhidmatan kepada pesakit yang dirujuk ke Unit CT Scan dari Jabatan Perubatan Kecemasan, klinik-klinik pakar PPUKM dan wad-wad di PPUKM sahaja.
  • Semua pemeriksaan CT Scan memerlukan temujanji, sila dapatkan temujanji terlebih dahulu untuk menjalani pemeriksaan CT Scan. Bagi kes kecemasan selepas waktu pejabat, permohonan pemeriksaan CT scan perlu diperolehi melalui Pegawai Perubatan tugas dalam panggilan Jabatan Radiologi. Sila hubungi operator untuk menyambungkan kepada Pegawai Perubatan tugas dalam panggilan Jabatan Radiologi dan juru x-ray yang bertugas.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Pemeriksaan di Unit CT Scan
Unit CT Scan Jabatan Radiologi menawarkan pemeriksaan CT Scan seperti berikut:

  • CT Brain
  • CT Orbit
  • CT Paranasal sinuses
  • CT Temporal bone
  • CT Base of skull
  • CT facial bone
  • CT Neck
  • CT Thorax
  • CT Abdomen
  • CT Adrenals
  • CT Urografi
  • CT Hepatobiliary
  • CT Kidneys / Renal /
  • CT IVU
  • CT Liver
  • CT Pancreas
  • CT Pelvis
  • CT Biopsy
  • CTA Aorta
  • CTA Carotid
  • CTA Circle of willis
  • CTA Lower limb
  • CTA Pulmonary
  • CTA Renal
  • CTA Coronary
  • CT Upper extrimity
  • CT Lower extrimity
  • CT Spine
  • 3D bone
…………………………………………………………………………………………………………………………………

Kecanggihan Mesin CT Scan dalam pengesanan penyakit salur darah jantung (Coronaray Artery Disease) dan angin ahmar (Stroke)

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO: World Health Organisation) pada tahun 2010, penyakit salur darah jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. Sebanyak 22,701 kematian telah direkodkan disebabkan oleh penyakit salur darah jantung ini. Pemeriksaan awal untuk mengenalpasti penyakit jantung pada kawasan salur darah jantung dapat dilakukan dengan pantas, tepat, persediaan pesakit yang minima dan kesakitan yang paling rendah melalui keupayaan canggih mesin melalui pemeriksaan CTA Coronari.

Penyakit Angin Ahmar (Stroke) menjadi penyumbang kedua penyakit yang mengakibatkan kematian di Malaysia. Penyakit ini telah mengakibatkan kelumpuhan dan telah meningkat setiap tahun. Di anggarakan, pada tahun lepas sahaja seramai 40,000 orang telah menderita akibat stroke. Strok adalah penyakit yang boleh dihidapi oleh semua orang tanpa mengira umur. Penyakit stroke terjadi apabila salur darah yang memberikan bekalan oksigen kepada tisu-tisu otak menjadi sempit dan tersekat. Tisu-tisu otak yang tidak menerima bekalan oksigen dari darah ini akan mati dan mengakibatkan kebolehupayaan untuk pengawalan sistem badan manusia seperti daya ingatan dan kawalan otot akan hilang. Keupayaan mesin serba canggih ini untuk menjalankan pemeriksaan CT Brain Perfusion ini dengan pantas akan dapat memberikan pakar perubatan keputusan yang segera bagi merawat pesakit dengan cepat dan akan dapat mengurangkan kematian sel-sel otak.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Peranan Juru X-ray di Unit CT Scan

  • Menjalankan tugas bersama dengan Pegawai Perubatan, Pakar Radiologi, Pembantu Pegawai Perubatan dan jururawat terlatih di Unit CT Scan.
  • Menjalankan pemeriksaan CT Scan ke atas pesakit dengan menggunakan mesin CT Scan.
  • Mengendalikan mesin CT Scan dan segala aksesorinya.
  • Memastikan persediaan peralatan dan aksesori CT Scan selamat digunakan.
  • Menjaga kebersihan dan memastikan mesin berfungsi dan sedia untuk digunakan.
  • Mempraktikkan perlindungan radiasi ke atas pesakit dan kakitangan di Unit CT Scan.
  • Menghasilkan imej yang mempunyai nilai diagnostik.
  • Memastikan data pesakit yang betul.
  • Memberi bimbingan dan tunjukajar kepada juru x-ray pelatih sewaktu penempatan klinikal.

PROSEDUR MENJALANKAN PEMERIKSAAN RADIOGRAFI CT SCAN DI JABATAN RADIOLOGI
SEBELUM PEMERIKSAAN

  • Pastikan bilik, mesin dan peralatan-peralatan CT Scan bersih dan selamat digunakan.
  • Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.
  • ‘Switch On’ dan pastikan ia berfungsi:-
    • Mesin CT Scan.
    • Workstation ‘Navigator dan Syngo speaking’.
    • Injektor bahan kontras (rujuk ‘Stellant CT Injection System Operation Manual Catalog SOM 700 EN’).
  • Pastikan peralatan dan keperluan bilik mencukupi
  • Pastikan pesakit minum larutan media kontras sebelum pemeriksaan dijalankan (jika perlu).
  • Branula dipasang bagi pemeriksaan yang memerlukan suntikan kontras (jika perlu).

SEMASA PEMERIKSAAN

  • Semak borang pemeriksaan (RP01/97) yang telah didaftar bersama dengan borang senarai semak yang lengkap
  • Panggil pesakit mengikut nombor pendaftaran CT Scan dan identifikasi pesakit dipastikan betul.
  • Pesakit dipanggil dan ditemubual:-
  • Penerangan tentang prosedur pemeriksaan yang hendak dijalankan.
    • Tarikh LMP (last menstruation period) bagi pesakit wanita.
    • Persediaan pesakit dipatuhi.
    • Sejarah alahan pesakit.
  • Sekiranya perkara di atas dipatuhi, pesakit diminta menukar pakaian dan menanggalkan semua bahan radio opak serta aksesori dan menyimpannya di dalam loker yang disediakan (jika perlu).
  • Pesakit diminta baring di atas ‘couch’ CT Scan mengikut posisi yang diperlukan.
  • Masukkan media kontras ke dalam syringe injektor dan sambung ‘Low Pressure Connector Tubing’ ke branula pesakit (jika perlu).
  • Set isipadu (volume) dan kadar aliran (flow rate) media kontras di panel kawalan injektor.
  • Pemeriksaan CT Scan dijalankan dengan memilih protokol yang diprogramkan di mesin CT Scan.
  • Selepas pemeriksaan selesai dijalankan, imej digital akan dinilai sebelum pemeriksaan ditamatkan.
  • Pesakit diturunkan dari ‘couch’ CT Scan dan diberi arahan seterusnya.

SELEPAS PEMERIKSAAN

  • Branula atau jarum ‘butterfly’ dicabut (jika perlu).
  • Pesakit diminta menukar semula pakaian dan mengambil kembali aksesori (yang berkenaan sahaja).
  • Pesakit diminta menunggu di luar bilik pemeriksaan CT Scan (jika perlu) atau dibenarkan pulang.
  • Filem dicetak dan diproses menggunakan mesin pencetak Fujifilm Drypix 7000 (jika perlu).
  • Filem disemak dan sila pastikan maklumat berikut adalah betul (jika perlu):-
    • 5.1 Identifikasi pesakit.
    • 5.2 Tarikh pemeriksaan.
  • Filem dimasukkan di dalam sampul dan diserahkan kepada pesakit (jika perlu).
  • Imej digital disimpan di dalam Workstation dan sistem Medweb.
  • Laporan pemeriksaan disediakan dan disimpan di dalam sistem komputer.
  • Salinan laporan difailkan mengikut susunan nombor pemeriksaan.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMERIKSAAN CT SCAN

Senarai_semak_ctscan