UNIT MRI
Pengenalan Unit
Unit MRI atau lebih Magnetic Resonance Imaging mula ditubuhkan pada tahun 1997. Unit ini bermula dengan sebuah mesin MRI Siemens Magnetom Vision 1.5 tesla.
MRI ( Magnetic Resonance Imaging) merupakan gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut. Berbeza dengan “CT scan”, MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut. Ia merupakan salah satu kelebihan MRI menurut pengetahuan perubatan masa kini, di mana tidak merbahaya kepada pesakit. Berbanding dengan CT scans yang melibatkan dos radiasi mengion, MRI hanya menggunakan medan magnet kuat dan radiasi tidak mengionkan “non-ionizing” dalam jalur frekuensi radio. Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pesakit dengan bendasing logam (seperti serpihan peluru) atau implant terbenam (seperti tulang Titanium buatan, atau pacemaker tidak boleh discan di dalam mesin MRI, disebabkan penggunaan medan magnet yang kuat.
Terkini, unit MRI Jabatan Radiologi HCTM telah dilengkapkan dengan 2 buah mesin MRI iaitu mesin Siemens MRI 3.0 tesla Verio dan mesin MRI Siemens MRI 1.5 tesla Avanto Fit.
Mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet yang sentiasa ada (the magnet is alawayas on), dengan itu semua pesakit dan kakitangan perlu mengetahui dan mengenalpasti peraturan keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Sila pastikan persediaan pesakit sentiasa dipatuhi semasa menjalani dan menemani pesakit yang akan menjalani pemeriksaan MRI.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Kemudahan
Unit MRI mempunyai kemudahan mesin berikut:
- Bilik MRI 1 – Siemens MRI 3.0 tesla Verio
- Bilik MRI 2 – Siemens MRI 1.5 tesla Avanto Fit
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Jenis pemeriksaan yang ditawarkan di Unit ini
- MRI Brain (Anatomy and functional study)
- MRI Neck
- MRI Spine
- MRI Pelvis
- MRI Muskuloskeletal (Joints and Extrimities)
- MRI Cardiac / T2*
- MRI Abdomen (MRCP/ LIVER/ MRE)
- MRI Angiography (MRA)
- MR Spectroscophy (MRS)
- Functional MRI (fMRI)
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Temujanji
- Sila dapatkan temujanji bagi setiap pemeriksaan MRI yang dipohon.
- Pesakit perlu menjalani persediaan pesakit untuk menjalani pemeriksaan MRI.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Persediaan pesakit MRI
Pemeriksaan MRI memerlukan persediaan. Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan MRI.
Pesakit harus dipastikan tidak mempunyai perkara-perkara berikut :-
- Penyelaras denyutan jantung atau injap jantung palsu. (Cardiac pacemaker or prosthetic valves).
- Implan koklea atau neurotransmiter. (Cochlear implant or neurotransmitters).
- Perangsang pertumbuhan tulang. (Bone growth stimulators).
- Klip serebral. (Cerebral clips ).
- Implan pam infusi ubat.(Implantable drug infusion pumps).
- Implan elektrod atau bahan-bahan feromagnetik. ( Electrodes or ferromagnetic implants).
- Anggota badan palsu dari bahan feromagnetik. (Joint limb prosthesis of ferromagnetic materials ).
- Bendasing intraokular atau sejarah kecederaan mata. (Intraocular foreign body or history of eye injuries).
- Mengandung. (Pregnant).
- Menghidap penyakit anaemia “sickle cell”. (Untuk mengelakkan suntikan media kontras ).
- Menghidap alahan (allergy) dengan ubat/makanan laut/media kontras dan lain-lain. (Patient allergic with seafood and medications).
- Menghidap penyakit asma. (asthma)
- Sekiranya pesakit mempunyai , tanda-tanda berikut; bagi perkara 11-12, pesakit perlu mendapatkan pra perawatan dengan mengambil ubat steroid seperti berikut:-
- 40 mg Prednisolone – 12 jam sebelum pemeriksaan.
- 40mg Prednisolone – 2 jam sebelum periksaan.
- *Dos ini untuk pesakit dewasa. Sila kurangkan dos untuk pesakit pediatrik.
PEMBERIAN BEKALAN UBAT DAN PENERANGAN YANG JELAS CARA PENGAMBILAN UBAT ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN KLINIK/ WAD
Persediaan pesakit
- Jangan makan/minum 4 JAM SEBELUM PEMERIKSAAN DIJALANKAN.
- Bagi pesakit kencing manis yang dirawat dengan ubat ‘Glucophage’ yang memerlukan suntikan media kontras, dinasihatkan tidak memakan ubat tersebut 4 jam sebelum dan 8 jam selepas pemeriksaan dijalankan.
- Untuk pemeriksaan di bahagian kepala atau mata, pesakit dinasihatkan tidak memakai alat solek.
- Bayaran perkhidmatan atau status percuma hendaklah dijelaskan di Kaunter Jabatan Radiologi sebelum pemeriksaan dijalankan. (Sila bawa dokumen yang berkaitan seperti surat jaminan/lain-lain).
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Maklumat kepada pesakit
- Pesakit perlu hadir untuk temujanji 30 minit dari tarkih dan masa pemeriksaan MRI yang telah ditetapkan.
- Laporan pemeriksaan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Unit MRI boleh dihubungi di talian 03-9145 5632.