Unit Pengimejan Dental
Pengenalan Unit
Unit Pengimejan Dental mula ditubuhkan pada tahun 1997. Unit ini bermula dengan sebuah mesin OPG. Sejajar dengan perkembangan semasa, sebuah mesin radiografi dental digital telah di beli pada tahun 2009. Mesin radiografi dental ini berkeupayaan untuk menjalankan pemeriksaan CBCT (Cone Beam Computerised Tomography).
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Kemudahan
Unit Pengimejan Dental mempunyai sebuah mesin CBCT (Cone Beam Computerised Tomography)
- PaX-Reve3D – CBCT (Cone Beam Computerised Tomography) http://www.vatechamerica.com/products/cbct/pax-reve3d.php
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Jenis pemeriksaan yang ditawarkan di Unit ini
- Orthopantomograph (OPG) atau radiograf dental secara panaroma.
- Cone Beam Computerised Tomography (CBCT)
- Lateral Chepaloghram (Cephalometric)
- Temporo-mandibular joint (TMJ)
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Temujanji
- Pemeriksaan di Unit Radiografi Dental tidak memerlukan temujanji dilakukan.
- Pemeriksaan di lakukan pada waktu pejabat dan selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu bekerja berakhir.
- Pemeriksaan Radiografi Dental hanya boleh dipohon oleh pegawai perubatan dari Klinik Maksilofasial dan yang berkaitan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Persediaan pesakit Unit Pengimejan Dental
Pemeriksaan radiografi dental memerlukan persediaan. Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan ini.
Pesakit harus dipastikan tidak mempunyai perkara-perkara berikut :-
- Gigi palsu. (Dentures)
- Rantai dan subang.
- Mengandung. (Pregnant).
- Rambut berminyak dan bersanggul tebal perlu diikat rambutnya ke atas.
* Sila dapatkan pengesahan dari pegawai perubatan untuk memastikan pemeriksaan ini benar-benar perlu dilakukan sekiranya pesakit mengandung. Semua pesakit akan diberikan alat perlindungan sinaran semasa pemeriksaan dijalankan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Maklumat kepada pesakit
- Mesin akan bergerak mengelilingi bahagian muka pesakit. Pesakit di minta untuk tidak bergerak sepanjang masa pemeriksaan yang mengambil masa sekitar 2 minit.
- Pemeriksaan hanya boleh dilakukan untuk pesakit yang sedar sahaja. Pesakit yang terbaring dan tidak sedarkan diri tidak boleh menjalankan pemeriksaan ini.
- Pesakit perlu hadir untuk untuk menjalani pemeriksaan 30 minit dari sebelum tamat waktu bekerja Jabatan Radiologi.
- Laporan pemeriksaan akan dibuat oleh unit dental.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Unit Radiografi Dental boleh dihubungi di talian 03-9145 6382.