Unit Pengimejan Dewan Bedah
Pengenalan Unit
Unit pengimejan Dewan Bedah telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1997 di Jabatan Perkhidmatan Radiologi. …………………………………………………………………………………………………………………………………Kemudahan
Unit pengimejan dewan bedah Jabatan Radiologi mempunyai kemudahan seperti berikut:- Sebuah Unit II PHILIPS BV300
- Sebuah Unit TOSHIBA(CLEARSCOPE)
- Sebuah Unit ZIEHM IMAGING
- Sebuah Unit ZIEHM VISION(3D)
- Sebuah unit GE Medical System Stenoscop MDA
Perkhidmatan Unit pengimejan Dewan Bedah
Perkhidmatan Unit pengimejan dewan bedah Jabatan Radiologi menawarkan Perkhidmatan seperti berikut:- Radiografi dewan bedah kes urologi
- Radiografi dewan bedah kes orthopedik
- Radiografi dewan bedah kes ent
- Radiografi dewan bedah kes peadtrik
- Radiografi dewan bedah kes general
- Radiografi dewan bedah kes neurologi
Peranan Juru X-ray di Dewan Bedah
- Bekerjasama dengan Pakar Bedah dan jururawat terlatih di dewan bedah.
- Menjalankan perkhidmatan x-ray dengan menggunakan mesin II di Dewan Bedah.
- Mengendalikan mesin II dan segala aksesorinya.
- Memastikan persediaan peralatan dan aksesori x-ray selamat digunakan.
- Menjaga kebersihan dan memastikan mesin berfungsi dan sedia untuk digunakan.
- Mempraktikkan perlindungan radiasi ke atas pesakit dan kakitangan di dewan bedah.
- Menghasilkan imej yang mempunyai nilai diagnostik.
- Memastikan data pesakit yang betul.
- Memberi bimbingan dan tunjukajar kepada juru x-ray pelatih sewaktu penempatan klinikal.