UNIT RADIOGRAFI AM DAN MUDAHGERAK
Pengenalan Unit
Perkhidmatan radiografi am PPUKM disediakan hanya kepada klinik-klinik PPUKM dan Klinik Panel PPUKM. Terdapat 5 bilik pemeriksaan dan 2 buah mesin mudah gerak yang memberi perkhidmatan radiografi am kepada pesakit.
Bagi pesakit luar, waktu perkhidmatan bermula dari jam 8.00 pagi-4.45 petang, manakala perkhidmatan 24 jam sehari diberi kepada pesakit-pesakit dari Jabatan Kecemasan dan pemeriksaan selepas waktu pejabat bagi pesakit wad (perlu memohon melalui telefon terlebih dahulu untuk pesakit wad selepas waktu pejabat). Pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan radiografi am boleh datang terus ke Jabatan Radiologi PPUKM pada masa yang ditetapkan tanpa memerlukan temujanji.
Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan ultrasound adalah dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 90% dan 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar.
Bayaran akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, PPUKM kecuali bagi kakitangan kerajaan, pesara dan yang mempunyai surat jaminan yang diperakui oleh HCTM, PPUKM.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Kemudahan
Unit Radiografi AM dan Mobile mempunyai kemudahan mesin berikut:
Bilik 1 – Philips Digital Diagnost Digital X-ray System
Bilik 2 – Siemens Polydoros SX80
Bilik 8 – Siemens Ysio Digital X-ray System
Bilik 9 – Philips Digital Diagnost Digital X-ray Systam
Bilik 10 – Samsung GC85 Digital X-ray Machine
Mesin mobile 1 – GE Optima XR220 AMX
Mesin mobile 2 – GE AMX-4 Plus
Mesin mobile 3 – GM85 Digital Mobile X-ray Machine
Konica Minolta Regius Model 210 CR Reader
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Jenis pemeriksaan yang ditawarkan di Unit ini
Semua jenis pemeriksaan x-ray
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Persediaan pesakit pemeriksaan Radiografi AM
Pemeriksaan radiografi am memerlukan persediaan tertentu. Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan radiografi.
Menukarkan pakaian untuk pemeriksaan radiografi am Dada dan Abdomen.
Membuat persediaan abdomen seperti berpuasa bagi membersihkan kawasan abdomen juga diperlukan bagi pemeriksaan x-ray pada bahagian perut dan sistem urinari.
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Maklumat kepada pesakit
- Pesakit perlu hadir untuk melakukan pemeriksaan x-ray seawal-awalnya jam 8.00 pagi dan selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu pejabat berakhir.
- Laporan pemeriksaan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar.
- Semua pesakit perlu ke kaunter utama Jabatan Radiologi untuk proses pendaftaran pesakit dan bayaran pemeriksaaan.
- Sila bawa surat jaminan (GL) bagi yang berkenaan untuk memudahkan urusan bayaran.
- Pesakit akan diberikan nombor giliran.
- Pesakit dinasihatkan untuk menunggu di bilik pemeriksaan yang telah diberikan.
- Ikut arahan Juru X-ray semasa menjalankan pemeriksaan x-ray di bilik pemeriksaan.
- Selesai pemeriksaan sila kembali berjumpa pegawai perubatan klinik/ wad atau datang pada tarikh temujanji klinik yang telah diberikan
- Imej yang dihasilkan adalah dalam bentuk digital. Tiada sebarang filem akan diberikan. Untuk salinan filem/ CD, pesakit perlu dapatkan borang permohonan dari pegawai perubatan yang merawat.
- Jika pesakit memerlukan filem/ Cd, caj tambahan untuk filem atau CD akan dikenakan ke atas semua pesakit.