Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
MISI
Memastikan Universiti Kebangsaan Malaysia mematuhi segala keperluan bagi Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Akta Kilang & Jentera 1967 serta akta dan peraturan berkaitan keselamatan pekerjaan merangkumi Kampus Bangi, Kuala Lumpur (Zon Jalan Raja Muda dan Jalan Temerloh) dan Cheras (Fakulti Perubatan Pra-Klinikal, UMBI dan Kolej Tun Dr. Ismail)
BIDANG TUGAS
1. SEKRETARIAT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP-UKM)
- Pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.
- Memastikan pelaksanaan Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan UKM.
- Menjadi urus setia kepada Sekretariat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM.
- Membantu jawatankuasa menjalankan kajian bagi langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja.
- Membantu jawatankuasa memberi kesedaran dan pemakluman mengenai peraturan dan sistem keselamatan dan kesihatan.
- Membantu jawatankuasa menjalankan kajian semula kecekapan program keselamatan dan kesihatan.
- Membantu jawatankuasa menyiasat dan menjalankan penyelidikan atas corak kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan.
- Melaporkan amalan yang tidak selamat dan tidak sihat di tempat kerja yang diperolehi berdasarkan Sistem Pelaporan Kemalangan.
- Membantu jawatankuasa mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan.
- Membantu jawatankuasa menjalankan pemeriksaan tempat kerja -kurangnya secara berkala.
- Membantu jawatankuasa memberi cadangan kepada majikan mengenai tindakan pembetulan dan tindakan penambahbaikan yang patut diambil.
2. SEKRETARIAT PEMERIKSAAN KKP
- Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan KKP di tempat kerja secara berkala.
- Menyemak semula kriteria pemeriksaan berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.
- Mengumpul dan merekod pemeriksaan dan pemantauan KKP di tempat kerja secara berkala.
- Menjadi urus setia panel Anugerah Tempat Kerja Selamat dan Kondusif UKM.
3. SEKRETARIAT TINDAKAN KECEMASAN & BENCANA
- Memeriksa, meneliti & menyiasat aduan berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan
- Menjalankan penyiasatan ke atas bencana, kemalangan, kejadian berbahaya atau kebakaran yang berlaku di tempat kerja
- Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini rekod jumlah dan jenis kemalangan pekerjaan, kecemasan dan bencana di UKM
- Menjalankan pemeriksaan berkaitan peralatan keselamatan, peralatan perlindungan diri, peralatan kecemasan dan bencana di tempat kerja
- Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan & Bencana
- Menyediakan komunikasi hazard bagi Pelan Tindakan Kecemasan & Bencana
- Merancang dan melaksana latihan berkaitan pengurusan kecemasan dan bencana di tempat kerja
- Melaksana dan menyelaras pelantikan Pegawai Insiden di PTj
- Menyelaraskan peranan Pegawai Insiden terhadap aktiviti KKP dan kecemasan di zon masing-masing
- Merancang dan melaksana latihan bagi Pegawai Insiden
4. UNIT KESELAMATAN SINARAN
- Memastikan pematuhan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
- Menguruskan pembaharuan/ pindaan lesen LPTA bahan radioaktif dan radas penyinaran bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan
- Menjalankan pemonitoran dos personel dan kawasan
- Memastikan penentukuran alat meter tinjau sinaran dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia
- Mengatur pengawasan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran (pra pekerjaan, berkala, tamat perkhidmatan)
- Menyediakan latihan bagi pekerja sinaran dan pelajar
- Menguruskan ujian kebocoran pada sumber terkedap
- Mengurus dan menyelia pelupusan sisa radioaktif
- Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini semua rekod berkaitan untuk pemeriksaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
5. UNIT KESELAMATAN KIMIA
- Pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013
- Memastikan pelaksanaan dan memantau pematuhan aspek keselamatan kimia
- Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard kimia yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja (kawalan dalaman – Penilaian Risiko Bahan Kimia Berbahaya Terhadap Kesihatan Secara Kendiri : SeCHRA)
- Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan kimia di tempat kerja
- Memberikan khidmat nasihat dan juga bergiat secara aktif dalam membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan kimia
- Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (Kimia)
- Menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan kimia
- Menguruskan latihan berkaitan keselamatan kimia
- Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
- Merancang dan memastikan operasi pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia) di Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur berjalan lancar dan mematuhi akta dan peraturan
- Memastikan buangan terjadual (sisa kimia) dilupuskan di premis yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar
- Menjalankan pemantauan pelupusan sisa kimia di Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur
- Menyelaras urusan kerja kontroktor pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia)
- Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa kimia)
6. UNIT KESELAMATAN BIOLOGI
- Memastikan pelaksanaan dan memantau pematuhan aspek keselamatan umum biologi
- Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
- Memastikan buangan terjadual (sisa biologi) dilupuskan di premis yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar
- Menjalankan pemantauan pelupusan sisa biologi di Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur
- Menyelaras urusan kerja kontroktor pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa biologi)
- Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa biologi)
7. UNIT KESELAMATAN KEBAKARAN
- Memastikan pematuhan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
- Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan peralatan memadam dan mencegah kebakaran disediakan dan berfungsi
- Menyelaraskan latihan kawad kebakaran agar dijalankan mengikut garis panduan yang disediakan
- Terlibat dalam Jawatankuasa Ad-hoc Latihan Kawad Kebakaran.
- Memantau dan merekodkan pelaksanaan latihan kawad kebakaran di Kampus Bangi dan Kuala Lumpur
8. UNIT KESELAMATAN MEKANIKAL
- Memastikan pematuhan Akta Kilang & Jentera 1967
- Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan mesin angkat, pengandung tekanan tak berapi dan dandang stim mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan yang sah.
- Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard mekanikal yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan pekerjaan di tempat kerja.
Memastikan pelaksanaan penentukuran dan penyelenggaraan peralatan keselamatan
9. UNIT ERGONOMIK
- Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek ergonomik di tempat kerja
- Menjalankan program/ promosi mengalakkan pengamalan aspek ergonomik di tempat kerja
10. UNIT PSIKOSOSIAL
- Menjalankan program/ promosi mengalakkan pengamalan aspek kesihatan pekerjaan (psikosial) di tempat kerja
11. UNIT HIGIEN
- Memastikan pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang & Jentera 1967.
- Melaksanakan pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989
- Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
- Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan kadar bunyi berada dalam tahap selamat dan mencadangkan tindakan pembaikan.
- Memastikan pelaksanaan penentukuran dan penyelenggaraan peralatan keselamatan
Memberikan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan aspek higien