ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP-Kolej Kediaman)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kolej (JKKP-Kolej) bertanggungjawab dalam hal pengawasan keselamatan di kolej dan pelaksanaan dasar keselamatan Universiti. JKKP-Kolej juga perlu membantu Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan, kesihatan dan kegiatan lain untuk menggalakkan dan memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat dan sihat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

  1. Pengetua Kolej (Pengerusi)
  2. Pegawai P&P Gred 41 dan keatas (Setiausaha)
  3. Perwakilan meliputi ahli pengurusan kolej (Wakil Pengurusan)
  4. Perwakilan meliputi kakitangan, Felo Penghuni, Majlis Eksekutif Pelajar, dan pegawai insiden yang mewakili Blok (Wakil Pelajar)