Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti (JKKP-Pusat Perkhidmatan)
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kolej (JKKP-Pusat) bertanggungjawab dalam hal pengawasan keselamatan di kolej dan pelaksanaan dasar keselamatan Universiti. JKKP-Pusat juga perlu membantu Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan, kesihatan dan kegiatan lain untuk menggalakkan dan memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat dan sihat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:
- Pengarah/ Timbalan Pengarah (Pengerusi)
- Pegawai P&P Gred 41 Dan Keatas ( Setiausaha)
- Perwakilan mestilah ahli mesyuarat pengurusan pusat yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan atau unit (Wakil Pengurusan)
- Perwakilan meliputi wakil Perwakilan meliputi Pegawai Insiden yang mewakili pentadbiran/ unit (Wakil Pekerja)
Fungsi JKKP-UKM adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 :
- Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diadakan tidak kurang daripada tiga bulan sekali. (Peraturan 21).
- Keahlian boleh dilucutkan sekiranya ahli tidak hadir sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa pemakluman kepada Pengerusi. (Peraturan 10(a))
- Membantu dalam pembuatan kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat (Peraturan 11(a)).
- Membantu dalam mengadakan apa-apa kegiatan untuk menggalakkan penjalanan kerja yang selamat di tempat kerja. (Peraturan 18)
- Menjalankan kajian tentang trend kemalangan (Peraturan 11(c)).
- Memeriksa dan memantau tempat kerja dengan seberapa segera yang selamat, selepas apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja (Peraturan 13(1)).
- Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan (Peraturan 12(a)).
- Membincangkan dengan seberapa segera yang praktik, pemerhatian anggota jawatankuasa yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja (Peraturan 12(b)).
- Membuat cadangan langkah pemulihan yang perlu diambil (Peraturan 12(c)).
- Bermesyuarat seberapa kerap berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang perlu setara dengan risiko di tempat kerja tetapi hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali. (Peraturan 21) & (Peraturan 26)
- Mengambil tindakan minit mesyuarat JKKP (Peraturan 27)
Pelantikan ahli JKKP-PTJ dibuat oleh pihak pengurusan PTJ setelah diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan PTj. Tempoh pelantikan adalah selama 2 tahun dan boleh disambung 2 tahun mengikut kesesuaian.
Penalti Di Bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, A1648:
Seksyen 30 (4) : Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja
Penalti RM 100,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.