PEGAWAI INSIDEN
Pegawai Insiden merupakan kakitangan UKM yang secara umumnya bertanggungjawab terhadap aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kecemasan di zon masing-masing. Pelantikan dibuat oleh Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan – UKM. Tempoh pelantikan selama dua tahun. Setiap aras bangunan perlu ada sekurang-kurangnya seorang pegawai insiden. Pegawai insiden yang dilantik mestilah kakitangan UKM yang bertugas di aras tersebut. Bilangannya boleh lebih dari seorang iaitu bergantung kepada keluasan kawasan dan keperluan.
PELANTIKAN
Pelantikan dibuat oleh Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan selaku sekretariat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan – UKM.
PANDUAN PELANTIKAN PEGAWAI INSIDEN
TEMPOH
Tempoh pelantikan selama dua tahun.SYARAT
Pegawai insiden yang dilantik mestilah kakitangan UKM yang bertugas di aras tersebut.BILANGAN
Setiap aras bangunan perlu ada sekurang-kurangnya seorang pegawai insiden. Bilangannya boleh lebih dari seorang iaitu bergantung kepada keluasan kawasan dan keperluan.