ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Prosedur Pengungsian Bangunan

Sekiranya terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi atau diarahkan untuk melakukan pengungsian bangunan, anda mestilah serta-merta meninggalkan tempat kerja atau di mana saja anda berada untuk keluar dari bangunan. Berikut adalah prosedur pengungsian bangunan:

  1. Hentikan kerja.
  2. Berhentikan semua mesin.
  3. Tutup injap gas dan peralatan elektrik.
  4. Tutup semua pintu.
  5. Keluar melalui laluan yang selamat dan terdekat.
  6. Jangan gunakan lif.
  7. Jangan berlari.
  8. Jangan tolak-menolak antara satu sama lain.
  9. Jangan sengaja buat bising.
  10. Jangan cemas.
  11. Jangan masuk semula ke dalam bangunan.
  12. Bekerjasama dan ikut arahan Pegawai Insiden.
  13. Berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.

NOTA :
PERKARA 2-4 HANYA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA KEADAAN MENGIZINKAN TANPA MEMBAHAYAKAN NYAWA PENGHUNI BANGUNAN!

PELAN TINDAKAN KECEMASAN