Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative (SEADPRI-UKM)

 

Prof. Ibrahim Komoo pemenang IUGS Science Excellence Award 2012

Profesor Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, mantan Pengarah SEADPRI dan LESTARI, dianugerahkan IUGS Science Excellence Award 2012 on Environmental Geology oleh the International Union of Geological Sciences (IUGS), sebuah badan saintifik dunia bukan kerajaan yang bertangung jawab memperkembangkan bidang ilmu sains bumi atau geosains.

Anugerah ini dikurniakan sewaktu kerja-kerja beliau bersama-sama UKM khususnya di SEADPRI dan LESTARI Kami berasa bangga dengan penganugerahan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Prof. Dato’ Ibrahim Komoo, semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.