Solar Energy Research Institute

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman meluangkan masa bersama dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim dan Pendaftar UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla untuk memberikan surat kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) kepada tiga penerima.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada:
 
Prof. Dr. Lim Chin Haw daripada Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) yang mempunyai kepakaran dalam bidang Senibina Tenaga Pasif, Tenaga Rendah dan Simulasi Tenaga Bangunan.
 
Prof. Dr. Syarul Nataqain Baharum daripada Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) yang mempunyai kepakaran dalam bidang Metabolomik Kefungsian.

Prof. Dr. Rozita Hod daripada Fakulti Perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Kesihatan Persekitaran.
 
Semoga semua penerima dapat terus menyumbang kepada varsiti tercinta.