Pengenalan
Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK) diwujudkan untuk memfokuskan kepada kajian bersepadu dan transdisiplin berkairan dengan isu kelestarian. Sistem governans yang terdiri daripada polisi, perancangan perundangan dan pengurusan menjadi subjek kajian untuk merealisasikan konsep pembangunan lestari berasaskan input saintifik dan kemanusiaan terutamanya penilaian terhadap perubahan ekosistem fizikal dan kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem untuk pengurusan alam sekitar yang lestari. Objektif penubuhan SGK adalah:
1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian transdisiplin dalam bidang Sains Kelestarian dan Governans
2. Untuk memainkan peranan sebagai pusat kajian polisi, teori dan pengurusan untuk menyokong pembangunan lestari.
3. Untuk menjadi pusat koordinasi untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan keupayaan, jaringan dan pembinaan jangkauan berkaitan dengan sains dan governans kelestarian.