INDUSTRY COMMUNITY & PARTNERSHIPS – FACULTY OF MEDICINE UKM

Deputy Dean's Message

Program Khidmat Masyarakat

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu. Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga UKM.
Objektif Program
  1. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan  terhadap komuniti di persekitaran.
  2. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.
  3. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran.
  4. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
  5. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
  6. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
  7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
AKTIVITI PROGRAM
Setiap kakitangan Fakulti Perubatan digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti program khidmat masyarakat sekurang-kurangnya sekali setahun. Program khidmat masyarakat boleh dibuat diperingkat jabatan, unit, atau kumpulan kecil.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
  1. Gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran
  2. Mengecat dan membaiki bangunan/peralatan
  3. Menjalankan aktiviti ramah mesra dan sumbangan di Rumah Anak Yatim dan Rumah Orang Tua
  4. Menyertai misi bantuan bencana
  5. Program saringan kesihatan, khidmat nasihat, pameran kesihatan dan ceramah secara percuma
Penganjur digalakkan menjalankan program bersama pihak luar seperti NGO, agensi kerajaan, dan swasta agar aktiviti dapat dilakukan dalam skala yang besar dan memberi impak kepada komuniti.
PERMOHONAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Program khidmat masyarakat yang dijalankan dengan nama Fakulti Perubatan hendaklah mendapatkan kebenaran pengurusan terlebih dahulu.  Penganjuran program kemasyarakatan ini di bawah portfolio Sekretariat Jaringan & Penjanaan Fakulti Perubatan.
Proses permohonan program khidmat masyarakat:
  1. Mengisi permohonan melalui sistem e-Jaringan di pautan  http://ejaringan.ppukm.ukm.my
  2. Borang permohonan online yang lengkap (beserta lampiran kertas kerja / cadangan penuh dan dokumen berkaitan) perlu diisi sebelum mengadakan program berkaitan industri, komuniti, NGO dan sekolah kepada Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan).
  3. Pejabat Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) akan meneliti borang permohonan online tersebut untuk mengenal pasti PTJ yang terlibat, kesesuaian program dan mengelakkan pertindihan aktiviti.
  4. Penganjuran program berskala besar akan dibawa untuk kelulusan dalam Mesyuarat Pengurusan Fakulti.
  5. Permohonan program dalam negara perlu dihantar sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum program dijalankan. Manakala permohonan program di luar negara sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh program.
  6. Permohonan yang telah diluluskan akan dimaklumkan melalui sistem e-Jaringan.
  7. Aktiviti boleh dijalankan mengikut prosedur yang diluluskan oleh pengurusan Fakulti.
  8. Ketua program / penganjur perlu : 1) Mendapatkan maklumbalas daripada peserta program dan memasukkan maklumat maklumbalas secara online ke dalam sistem ejaringan selewat-lewatnya 2 minggu selepas aktiviti dijalankan. (BORANG-MAKLUM-BALAS) 2) Memasukkan laporan aktiviti (beserta gambar aktiviti) secara online ke dalam sistem ejaringan selewat-lewatnya 2 minggu selepas aktiviti dijalankan. 3) Memasukkan maklumat dan ahli-ahli program yang terlibat ke dalam sistem e-Khidmat selewat-lewatnya 2 minggu selepas aktiviti dijalankan.
E-Khidmat Penganjuran program khidmat masyarakat melayakkan kakitangan yang terlibat mendapat markah e-Khidmat untuk SPPU. E-Khidmat ini boleh didaftarkan setelah selesai sesuatu program.
  • Program sukarelawan (cth: gotong-royong) – AJK dan peserta layak mendapat eKhidmat
  • Program kesedaran (cth: larian amal / ceramah kesihatan jantung)- AJK sahaja yang layak  mendapat e-Khidmat, peserta layak untuk eSPeL.
https://appsmu.ukm.my/ekhidmat/