Sekretariat Kajian Akidah dan Ajaran Sesat (SKAAS)

 Jabatan Usuluddin dan Falsafah (JUF), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

w

Isu berkaitan akidah dan ajaran sesat merupakan permaslahan yang sentiasa wujud dan tidak berkesudahan. Kewujudan permasalahan tersebut dalam pelbagai bentuk serta kaedah terkadang menyukarkan masyarakat awam mengenal pasti sehingga akhirnya terpedaya dan terjebak dalam isu-isu berkaitan. Justeru, Jabatan Usuluddin dan Falsafah (JUF), Fakulti Pengajian Islam (UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menubuhkan Sekretariat Kajian Akidah dan Ajaran Sesat (SKAAS) dengan tujuan memelihara akidah umat Islam dari sebarang bentuk penyelewengan dan kesesatan.

Sekretariat Kajian Akidah dan Ajaran Sesat, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah kumpulan profesional akademik yang berperanan menangani isu-isu berkaitan akidah dan ajaran sesat. Kajian atau penyelidikan yang diusahakan adalah berdasarkan pendekatan akademik. Sekretariat ini berhasrat membantu umat Islam di Malaysia dengan maklumat dan hasil kajian yang dimiliki. Selain itu, diharapkan sekretariat ini menjadi tempat rujukan kepada pihak individu, masyarakat serta negara dalam memberi pendedahan terhadap isu-isu berkaitan dan dalam waktu yang sama membantu pihak kerajaan membanterasnya daripada tersebar secara berleluasa.

Visi

Sekretariat Kajian Akidah dan Ajaran Sesat, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bertekad menjadi kumpulan profesional akademik berautoriti di Malaysia dalam menangani dan membanteras kemunculan ajaran-ajaran sesat di Malaysia selain membentuk kesedaran masyarakat umat Islam terhadapnya.

Misi

Menjadi badan rujukan terpilih yang membantu masyarakat dalam memperkukuh aspek Imān (kepercayaan), Islām (pengamalan) dan Iḥsān (kerohanian) beteraskan Tauhid suci lagi tulen.

Objektif

Berdasarkan keperluan semasa, kepentingan agama dan negara, Sekretariat Kajian Akidah dan Ajaran Sesat, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia menetapkan objektif utama seperti berikut:

1- Membendung secara berterusan fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah (Ashā‘irah dan Māturīdiyyah).
2- Mengemukakan pendirian Islam terhadap isu dan permasalahan berbangkit berkaitan Imān (akidah-kepercayaan), Islām (syariah-pengamalan) dan Iḥsān (akhlak-kerohanian).
3- Melaksanakan kajian dan penyelidikan akademik terhadap isu dan permasalahan semasa.

share "ballighū ‘annī walau āyah"Share on print
Print
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on google
Google
Share on email
Email