Penglibatan Komuniti
Pusat kami menyumbangkan kepada komuniti tempatan melalui penyebaran ilmu, perancangan program bersama, dan menerima pelajar latihan industri daripada universiti lain.
Pada peringkat prasiswazah, organisasi pelajar PESEPSI giat mengadakan aktiviti yang melibatkan komuniti tempatan. Pada peringkat siswazah, pelajar kami telah membentuk Jaringan Siswazah Nusantara (JSN) yang bertanggungjawab mengadakan lawatan ke varsiti lain di rantau Asia Tenggara. Aktiviti-aktiviti lawatan termasuk pertukaran ilmu, rundingan meja, dan mengeratkan silaturahim antarabangsa.
Sila rujuk kepada laporan JSN yang diterbitkan dalam majalah UKM Resonance di sini, dan Senada di sini.
Alumni kami telah memegang beberapa jawatan penting dalam agensi kerajaan institusi think-tank, yang juga telah menyumbangkan kepada penyebaran jaringan kami.
___________________________________________________________________________________________________
Program Sains Politik sering membekalkan platform perbincangan atas hal-hal pilihanraya. Ahli program tersebut juga sering muncul dalam laporan media, surat khabar, dan temu ramah.
__________________________________________________________________________________________________
Peljar-pelajar kami menjalankan Latihan Industri di institusi-institusi berikut yang mempunyai jaringan rapat dengan Pusat (bukan senarai penuh):