MENGENAI KAMI
Pusat Kajian ini diwujudkan pada tahun 2001, apabila Jabatan Sejarah, Jabatan Sains Politik dan Unit Kajian Strategik dan Keselamatan bergabung. Sejak penubuhannya, pusat kajian ini telah menjadi salah satu pusat pengajaran dan penyelidikan utama dalam bidang sejarah, sains politik dan hubungan antarabangsa di Malaysia. Ia komited untuk memberi inspirasi dan menggalakkan pelajar kita untuk berfikir secara kritis dan bebas, dan menghasilkan graduan yang dapat memberi perbezaan bermakna kepada masyarakat selepas tamat pengajian mereka.
Setelah Anda Bergraduasi
Di SPHEA, kami membimbing dan membantu menyediakan pelajar untuk masa depan mereka sebagai diplomat, penganalisis dasar, penyelidik, pegawai tentera, pentadbir kerajaan, profesional korporat, ahli politik, dan banyak lagi. Selain daripada kerjaya akademik, graduan kami telah menyertai pentadbiran awam, diplomasi, profesion pengajaran, kewartawanan, syarikat multinasional dan pertubuhan bukan kerajaan. Kemahiran yang pelajar-pelajar kita pelajari disini merangkumi di seluruh profesion, dan mudah dipindahkan ke kepelbagaian disiplin.