Research Center for History, Politics and International Affairs

 

Azry Bin Ahmad Mustafa Hadi

 

 

Azry Bin Ahmad Mustafa Hadi

Alumni 2011 – 2012IMG-20151215-WA0000

Ijazah Sarjana Sains Sosial;
Jurusan Sains Politik;
Sekolah Sejarah, Politik dan Pengajian Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);

Dalam Pengajian

2013-kini

Ijazah Doktor Falsafah Sains Sosial;
Jurusan Sains Politik
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Pengajian Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);

Pengalaman sebagai ALUMNI dan pelajar UKM kini

Diberi peluang bertemu muka dengan para pengajar yang berpengalaman  luas dalam bidang masing-masing. Sebelum berpeluang belajar di UKM, hanya dapat menyelami jiwa pendidik ukm dari penulisan sahaja dari buku-buku terbitan dan artikel ilmiah. Setelah diberi peluang menjadi penuntut di UKM dari pengajian Master hingga ke PHD telah dapat merubah minda dan cara pemikiran untuk membantu Negara. Peluang bersesama rakan-rakan yang sealiran pemikiran untuk memperoleh kelulusan lebih tinggi memudahcara pembelajaran ditambah sokongan terus menerus barisan pengajar yang berpengalaman dan terus membimbing di samping kemudahan sedia ada dan landskap pembelajaan yang memudahcara perubahan dan anjakan paradigma bagi membolehkan minda meningkat maju ke arah pemikiran kesarjanaan selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan dan keperluan sosial dunia dan Negara. Pembelajaran di UKM melalui sekolah ini merupakan satu platform awal untuk membolehkan saya berusaha merubah cara pemikiran dan taraf kehidupan sendiri dan keluarga serta rakan-rakan dan kembali menyumbang kepada Negara dengan ilmu yang telah diperoleh dari UKM agar penerusan hubungan dan link yang telah dibina dapat dimanafaatkan untuk pembangunan Negara dan organisasi serta pembangunan kendiri. Marilah bersama mendaftar diri anda dan merasai sendiri pengalaman yang saya maksudkan ini dan coretkan apa yang anda perloleh selepas tamat pengajian di sini, sesungguhnya pengalaman dan kemahiran diri yang diperoleh di sini setaraf pendidikan dunia dengan kemudahan dalam Negara yang jauh lebuh murah, mampu milik dan berbaloi kerana standard yang baik UKM di persada dunia, yang pastinya saya tidak pernah berasa rendah diri bergraduat dari UKM walau hanya universiti dalam Negara kerana apa yang saya dapat di sini setara dengan pendidikan dari luar Negara bahkan mungkin lebih baik dengan kos yang mampu dimiliki.

Pengalaman Kerja

Bekas Pegawai Penyiasat Jabatan Insolvensi Malaysia

Bekas Penyelaras Unit Inovasi Jabatan Insolvesi Malaysia

Bekas Peguam Jabatan Bantuan Guaman

Bekas Penguasa Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Bekas Pegawai Kawalan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia

Kini Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Translate »