Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa

 

Soalan Lazim

Berikut merupakan maklumat tambahan mengenai pengajian siswazah kepada para pelajar:

1) Tempoh pengajian maksimum:

JENIS PENGAJIANSEPENUH MASASEPARUH MASA
Kerja Kursus dan Penyediaan Tesis2 - 4 Semester4 - 8 Semester
Doktor Falsafah6 - 12 Semester8 - 14 Semester
Sarjana Falsafah2 - 6 Semester3 - 10 Semester

 

2) Keperluan peperiksaan kepada calon siswazah (kerja kursus)

SARJANA ( KERJA KURSUS )
Peperiksaan pada setiap akhir semester
Penilaian berterusan bagi program yang berkaitan sahaja
Peperiksaan lisan bagi mempertahankan Tesis Sarjana dihadapkan Jawatankuasa Peperiksaan Lisan

 

3) Had jumlah perkataan untuk tesis (tidak termasuk senarai rujukan dan nota kaki)

PROGRAMJUMLAH PERKATAAN
Sarjana ( Tesis sahaja)< 30, 000 perkataan
Sarjana Falsafah< 60, 000 perkataan
Doktor Falsafah < 100, 000 perkataan
Abstrak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa InggerisTidak melebihi 500 perkataan

 

4) Status dan kelayakan/pencapaian akademik

Purata Nilai GredTaraf PencapaianKelayakan Meneruskan PengajianKelayakan Pengurniaan Ijazah
PNGK > 3LayakLayakLayak
2 < PNGK 3Lulus BersyaratPercubaanTidak Layak
PNGK < 2Gagal dan diberhentikanTidak layakTidak layak

 

5) Alasan untuk menangguhkan peperiksaan

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN
Sakit atau menghadapi gangguan lain semasa peperiksaan
Permohonan diajukan kepada Dekan FSSK
Tempoh 48 jam selepas peperiksaan diadakan
Penangguhan atas sebab kesihatan hendaklah mendapat pengesahan Doktor Kerajaan atau pegawai perubatan Unibersiti atau Doktor panel Universiti sahaja

 

6) Proses permohonan untuk menangguhkan pengajian

PENGGANTUNGAN PENGAJIAN
Atas sebab munasabah seperti kesihatan dan kewangan
Tidak kurang daripda SATU semester dan tidak melebihi DUA semester di sepanjang tempoh pengajiannya
Permohonan secara bertulis kepada Dekan atau menggunakan borang yang telah disediakan oleh Pusat Pengajian Siswazah
Permohonan selepas 4 minggu semester bermula

 

7) Sebab-sebab pelajar bakal diberhentikan daripada pengajian

PEMBERHENTIAN CALON DARI PENGAJIAN
Melanggar Akta dan Peraturan Pengajian Siswazah
Melanggar undang-undang negara
Salah laku dan berkelakuan buruk
Gagal mengekalkan kemajuan pengajian yang memuaskan
Dalam keadaan ketidakupayaan metal atau jasmani
Melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti
Menghubungi pemeriksa luar untuk mengetahui keputusan penilaian tesisnya

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ketua Program Siswazah,  Pejabat Am, Hal Ehwal Siswazah (Peringkat Fakulti), atau Pusat Pengajian Siswazah (UKM).

Translate »