Sumbangan Artikel Buletin ResMI
GARIS PANDUAN PENERBITAN MAJALAH RESMI
Tujuan
Garis Panduan Penerbitan Buletin RESMI selaras dengan halatuju Fakulti Perubatan UKM dalam meningkatkan pengetahuan kepada masayarat umum melalui penyelidikan. Jambatan penghubung antara para penyelidik dengan komuniti untuk memasyarakatkan penyelidikan di UKM. Majalah ini juga bertujuan untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu sejajar dengan hasrat UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Skop Penulisan
Meliputi aktiviti dan program penyelidikan yang dijalankan oleh ahli Fakulti Perubatan UKM.
Sasaran Pembaca
Penulisan buletin ini disasarkan kepada masyarakat umum.
GARIS PANDUAN PENULISAN
- Artikel hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:-
a) Program : Microsoft Word
b) Jenis font : Times New Roman
c) Saiz font : 12
d) Jarak baris: 1.15 spacing
e) Artikel hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan mestilah tidak melebihi 500 patah perkataan. - Setiap artikel perlu disertakan nama penulis utama, ketua projek,ahli penyelidik serta e-mel dan jabatan penulis utama.
- Penulis bertanggungjawab untuk mendapatkan izin hak cipta berkenaan sebarang maklumat dalam manuskrip asli, yang memerlukan izin hak cipta.
- Kandungan setiap artikel juga perlulah menjelaskan bagaimana penyelidikan yang dijalankan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
- Setiap artikel perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya 2 (tidak melebihi 5) gambar/grafik/ ilustrasi bagi menyokong kandungan artikel. Gambar mestilah jelas dan mempunyai resolusi gambar yang tinggi berserta caption dan wajib diberikan dalam format JPEG.
- Gaya penulisan hendaklah jelas, ringkas dan santai serta dapat difahami oleh masyarakat umum.
- Penulis perlu memuat naik manuskrip dalam bentuk softcopy melalui pautan https://bit.ly/HantarResMI.