logo-naratif-baharu-text-black-h60

SECRETARIAT RESEARCH AND INNOVATION

FACULTY OF MEDICINE

Bayaran Balik Yuran Suntingan Jurnal

Garis Panduan Permohonan Bantuan Bayaran Balik Yuran Suntingan Jurnal

  1. Pemohonan terbuka kepada kakitangan akademik Fakulti Perubatan sahaja.

  2. Permohonan terhad kepada penerbitan pada tahun terkini sahaja sehingga peruntukan disediakan oleh Fakulti habis digunakan.

  3. Permohonan adalah berdasarkan tuntutan (claim basis), iaitu pemohon perlu membayar yuran terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.

  4. Kadar maksimum bantuan ini adalah sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap permohonan.

  5. Artikel perlu diterbitkan di jurnal berindeks ISI sahaja.

  6.  Pembayaran yang telah dibuat menggunakan geran atau mana-mana sumber bantuan lain tidak akan dilayan.

  7.  Permohonan hendaklah dibuat oleh first author atau corresponding author.

  8. Setiap artikel layak diberi bantuan yuran pengeditan sekali sahaja.

  9. Affilasi pengarang mesti menggunakan salah satu alamat berikut:

Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Universiti Kebangsaan Malaysia
atau Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

   10. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:

    • Borang Permohonan.
    • Salinan resit pembayaran.
    • Surat/ emel penerimaan jurnal.
    • Bukti jurnal diindeks. Sertakan juga maklumat faktor impak.
    • Satu salinan manuskrip yang telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan.

 

Sila kemukakan permohonan kepada:

Sekretariat Penyelidikan & Inovasi
Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM

Tingkat 2, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur

 

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhamad Firdaus Rosli di talian 03-9145 9480 / 9481 atau emel to firdausrosli@ppukm.ukm.edu.my.