SPI(Putih)@3x
SECRETARIAT RESEARCH AND INNOVATION FACULTY OF MEDICINE UKM
Permohonan Pembantu Penyelidik (Research Assistant)
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
 
  1. Terbuka kepada pensyarah Fakulti Perubatan UKM
  2. Bidang penyelidikan perlulah lebih bersifat multidisiplin
  3. Permohonan diberi keutamaan kepada projek penyelidikan di kalangan kumpulan penyelidikan
  4. Pemohonan merangkumi keterlibatan RA dalam projek penyelidikan klinikal dan/ atau pra-klinikal (fundamental). Penyelia perlu mendedahkan RA kepada aktiviti2 penyelidikan termasuklah penyediaan proposal, pengumpulan data, metodologi penyelidikan, analisis serta penyediaan draf manuskrip serta aktiviti2 yang berkaitan
  5. Penglibatan RA dalam pengarangan bersama untuk penerbitan bahan ilmiah sangat digalakkan
  6. Permohonan diberi keutamaan kepada jabatan/unit/kumpulan penyelidikan yang belum pernah mendapat bantuan RA sebelum ini
  7. Pemohon mempunyai cadangan calon RA
 
Syarat kelayakan Pembantu Penyelidik:-
  1. Calon adalah warganegara Malaysia sahaja dan yang berumur sekurang – kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun;
  2. Calon mempunyai kelayakan akademik sekurang – kurangnya  Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah yang diiktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  3. Calon mempunyai kesihatan yang baik dan tiada rekod jenayah;
  4. Calon adalah bukan berstatus pelajar (belum tamat sesi pembelajaran) yang berdaftar  di UKM atau mana – mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain.
Maklumat Jawatan
Jawatan : Pembantu Penyelidik
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempoh : 6 bulan
Gaji : RM 2,000.00 sebulan
 
Muat Turun
– Borang Permohonan
 
Permohonan 

Sila lengkapkan borang permohonan dan muat naik bersama ringkasan proposal dan CV calon pembantu penyelidik pautan berikut 
http://tinyurl.com/RA-FPER

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2024.
 
 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi  En. Nik Mohd Nashrullah ditalian 03-9145 9481 atau emelkan kepada niknash@ukm.edu.my