Dana Inovasi Sosial Dan Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2024
Selaras dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) bagi meningkatkan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam inovasi sosial dan penyelidikan berkaitan pembangunan masyarakat saksama, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dimandatkan untuk melaksanakan Program Inovasi Sosial dan Kajian Sosial.
KPT telah membuka permohonan dana bagi Program Inovasi Sosial dan Kajian Sosial 2024 kepada semua Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier.
Permohonan perlu dikemukakan ke CRIM selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) bagi urusan penilaian peringkat UKM selanjutnya. Sila hantar permohonan melalui pautan: https://forms.gle/eLTSN4P6iVctHu25A.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-
Puan Siti Noraida Binti Sood
Tel.: 03-89215631
Emel: ctaida@ukm.edu.my