Kursus ini ialah kursus Diploma Lanjutan Kebidanan, dirancang khas untuk Jururawat Berdaftar yang memiliki Diploma Kejururawatan atau Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan. Di akhir kursus, graduan boleh berkhidmat dengan selamatnya dalam pelbagai aspek obstetrik, ginekologi dan neonatologi.
Kandungan kurikulum meliputi 6 aspek: Kesihatan Wanita, Jagaan Komuniti tumpuan kepada Keluarga & Budaya, Antepartum, Intrapartum, Pospartum dan Neonatologi. Pendekatan kurikulum mengintegrasikan teknik jagarawat dan sains perubatan yang terkini dan mementingkan keperluan emosi wanita, keluarga dan bayi baru lahir. Kurikulum juga menumpu kepada aspek preventif, mengenalpasti peringkat awal masalah, pendidikan wanita/ibu serta keluarga dan progresif jagaan mereka daripada saat kehamilan hinggalah ke awal alam kekeluargaan.
Kurikulum dijalankan sepenuh masa selama 1 tahun akademik atau 2 semester dengan menggunakan pendekatan modular. Perlaksanaannya dijalankan dengan perkongsian di antara Jabatan Kejururawatan, Jabatan Perubatan Keluarga dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM yang bertanggungjawab dalam pengendalian teori, amali dan juga penilaian pelajar.
Tahun | Kursus | |
Tahun 1 | Kursus Teras Fakulti | FM 5314 History Taking and Physical Examination in Obstetrics FM 5514 Patient Education (Teaching Health & Counseling) FM 5114 Anatomy, Physiology & Pharmacology in Obstetrics FM 5124 Research in Nursing Midwifery |
Kursus Teras Kebidanan | FM 5214 Module 1: Antepartum FM 5014 Module 2: Intrapartum FM 5224 Module 3: Postpartum FM 5424 Module 4: Neonatology FM 5024 Module 5: Women’s Health FM 5324 Module 6: Community Care: The Family and Culture |
Puan Rumaizam Mohd Noor (03-91455030)
The Faculty of Medicine UKM was established in 1974 and commenced with 44 students for the 1973/74 admissions session
Secretariat of Undergraduate Studies
Faculty of Medicine UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Copyright © 2020 SPPFPER UKM. All rights reserved.