SECRETARIAT OF UNDERGRADUATE STUDIES FACULTY OF MEDICINE​

Latar Belakang

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya Laman web PPUKM  dapat diberi wajah baru. Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Perubatan kerana memberi ruang merakamkan sepatah dua kata dalam laman web ini. Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk kakitangan Sekretariat Pengajian Pra-siswazah & Alumni (SPPA) dalam penerbitan laman web ini. Semoga laman web ini menjadi perantara dan sistem penyampaian maklumat untuk pelajar, pensyarah dan pihak pentadbir Pusat Perubatan UKM.

Sepanjang tahun 2012, kakitangan SPPA telah menjalankan pelbagai aktiviti tanpa mengenal penat lelah. Namun apa yang penting kerjasama yang sedia wujud yang ditunjukkan dikalangan kakitangan SPPA menjadi tunggak paling utama dalam melaksanakan semua tugas tersebut. Susah senang, kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi, namun saya yakin semua kakitangan di SPPA beriltizam dan meningkatkan lagi azam serta mengamalkan “Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” demi kecemerlangan organisasi dan kepuasan pelanggan.

Akhir kata, saya berharap seluruh warga kerja SPPA dapat Amalkan sikap jujur dan ikhlas serta bertoleransi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Semoga ianya mendapat keberkatan dan keredhaan di sisi Allah SWT.

Sekian, wassalam.

  Signature

PROFESSOR DR. ROSLINA ABDUL MANAP 

Timbalan Dekan,
Pengajian Prasiswazah dan Alumni
Fakulti Perubatan,
Pusat Perubatan UKM