Salma Gadis Mesir Fasih Berbahasa Melayu Pelajar Program Doktor Perubatan UKM
“Ini kerana, saya telah berada di Malaysia sejak berusia setahun dan apabila membesar, saya bergaul dengan warga tempatan dan bersekolah di sekolah kerajaan. Atas sebab itu saya fasih berbahasa Melayu seperti orang lain,” katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).