SECRETARIAT OF UNDERGRADUATE STUDIES FACULTY OF MEDICINE​

Kunjungan Hormat Kumpulan Poliklinik Annur

Sekretariat Pengajian Prasiwazah (SPP), Fakulti Perubatan (FPER) telah dikunjungi oleh Pengurusan Poliklinik Annur bertarikh 26 September 2024. Dalam pertemuan kunjungan hormat ini, SPP FPER telah diwakili oleh Timbalan Dekan Prasiswazah, Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah. Perbincangan dua hala ini telah membincangkan secara holistik dalam pelbagai agenda kerjasama termasuklah cadangan untuk jalinan kerjasama laluan kerjaya graduan lepasan Fakulti Perubatan bagi Program seperti Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Kejurururawatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan, selain membincangkan jalinan kerjasama program Corporate Social Responsibity (CSR) antara Fakulti dan Kumpulan Kesihatan Poliklinik Annur. Pada perjumpaan ini juga, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperhalusi bagi melihat ruang dan peluang yang memanfaatkan pelajar Fakulti Perubatan untuk menimba pengalaman dalam peningkatan kemahiran diri termasuklah peluang untuk pelajar menjalani program sangkutan di Poliklinik Annur, Latihan Industi dan Program Elektif pelajar. Pada perjumpaan ini, turut hadir bersama adalah Dr. Lydia Kamaruzaman (Ketua Program Prasiswazah Doktor Perubatan), Dr. Nor Haty Hasan (Penyelaras Program Kejurururawatan) dan wakil daripada Program Sains Perubatan Kecemasan manakala mewakili Poliklinik Annur adalah Dr. Wan Muhammad Zulhusni Abdul Halim (Pengarah Urusan Kumpulan Poliklinik Annur). Di akhir perbincangan ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memperhalusi dan menjalinkan kerjasama yang lebih pragmatik dengan cadangan mengadakan Memorandum of Undertanding (MoU) di antara kedua-dua pihak. Semoga dengan langkah kunjungan awal ini akan memberikan impak positif dan kerjasama yang baik terutama dalam agenda memperkasa akademik dan kebolehpasaran prasiswazah khususnya bagi Fakulti Perubatan UKM.