MATLAMAT PUSAT KAJIAN PEMBUDAYAAN STEM

Pakar Rujuk

Menjadi pusat rujukan terulung dalam usaha memperkasakan proses pembudayaan STEM berasaskan penyelidikan berimpak tinggi serta menjadi pusat rujukan dan latihan bagi melahirkan sarjana peyelidik dalam isu-isu yang berkait dengan proses pembudayaan STEM

Pusat Rujukan

Menjadi pakar rujuk dalam memformulasi strategi penyelesaian yang relevan di dalam menyelesaikan permasalahan dalam usaha pembudayaan STEM

Membangun Polisi

Membangun polisi dan membentuk gagasan pembudayaan STEM yang berteraskan penyelidikan melalui perkongsian pintar bersama agensi kerajaan dari dalam mahupun luar negara

Koordinasi

Membentuk, mengkonsolidasi serta mengkoordinasi elemen yang terlibat dalam proses pembudayaan STEM yang melibatkan pelbagai strata komuniti  ke arah pembentukan masyarakat yang memiliki literasi STEM yang mampan

Pangkalan Data

Membangun pangkalan data yang menumpukan kepada indikator pembudayaan STEM agar pembentukan polisi dan strategi pembudayaan STEM adalah bersandarkan data sah dan diperakukan