KOMUNIKASI TANPA WAYAR

Asas Elektronik Litar
Peserta diberi pendedahan mengenai operasi asas mikropengawal menggunakan komponen elektronik. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Mengenali Adruino
Aktiviti 2: Memasang Litar LED Berkelip
Aktiviti 3: LED Beritma

Pengenalan Kepada Komunikasi Masa Nyata
Peserta diberi pendedahan mengenai teknologi komunikasi masa nyata yang merupakan mod telekomunikasi di mana semua pengguna boleh bertukar-tukar maklumat serta-merta. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Antena Sel
Aktiviti 2: Penghantaran Mesej Melalui Gelombang Radio

Komunikasi Tanpa Wayar Berasaskan Angkasa
Peserta didedahkan mengenai satelit yang merupakan komunikasi tanpa wayar berasaskan angkasa. Satelit ini adalah sebuah objek di ruang angkasa yang beredar mengelilingi bumi. Terdapat banyak satelit yang dilancarkan ke angkasa untuk pelbagai kegunaan. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Simulator Celestia
Aktiviti 2: Penjelajahan Astronomi

Internet dan Rangkaian Komunikasi
Peserta didedahkan kepada penggunaan internet yang merupakan rangkaian-rangkaian yang dihubungkan dengan pelbagai teknologi rangkaian elektronik dan tanpa wayar.
Aktiviti 1: Membina Laman Sesawang

Komunikasi Tanpa Wayar Pintar
Peserta didedahkan kepada komponen utama rangkaian komunikasi tanpa wayar seperti Internet, WiFi, Bluetooth dan komunikasi selular.
Aktiviti 1: Mengendalikan Perkakasan Rumah Menggunakan Bluetooth
Aktiviti 2: Mengendalikan Kereta kawalan Jauh Menggunakan Bluetooth
Aktiviti 3: Mengendalikan Perkakasan Rumah Melalui Sambungan Ethernet

Aktiviti 4: Mengendalikan Perkakasan Rumah Melalui Sambungan WiFi