KEMAHIRAN SAINTIFIK

Program Bitara STEM yang melibatkan pelajar universiti dan pelajar sekolah sering dilakukan menggunakan modul Bitara STEM. Kajian secara umum yang dilakukan secara tinjauan dan maklum balas ringkas telah dilakukan dan didapati program ini dapat meningkatkan minat dan kemahiran pelajar terhadap sains. Namun proses pelaksanaan aktiviti dan perkembangan pembelajaran pelajar perlu diteliti dan diterokai dengan lebih mendalam bagi melihat impak dan kesannya terhadap lilterasi sains. Penerokaan secara terperinci dan berterusan dalam program STEM perlu dilakukan dengan melihat perkembangan pelajar semasa di peringkat sekolah menengah rendah dan menengah atas.