PROFESOR KE DESA

Program Profesor Ke Desa merupakan satu platform baru untuk mendekatkan diri ilmuwan dari fakulti untuk membantu memberikan khidmat penerangan/ceramah motivasi mengenai program di fakulti kepada pelajar-pelajar sekolah menengah aliran sains khususnya di desa-desa kecil. Tugas profesor pada masa kini tidak lagi tertumpu dalam bilik sahaja mahu pun di bilik kuliah atau di dewan kuliah. Aktiviti Profesor Ke Desa mampu membuktikan komitmen Profesor mendekakan diri dengan masyarakat. Ibarat peribahasa melayu “Bagai Sireh Pulang Ke Gagang”. Ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang diperolehi diturunkan semula kepada generasi Y dan Z masa kini. Sasaran program ini ialah 1 Profesor 1 Sekolah Menengah Aliran Sains Khususnya di desa.

Program Profesor Ke Desa ini mengambil inisiatif untuk memberikan Kempen Kesedaran Awam mengenai bahaya dadah dan impaknya kepada kesihatan terutamanya kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah tentang bahayanya penyalahgunaan dadah terutama pil kuda yang semakin meningkat di zaman teknologi yang semakin canggih ini. Kempen ini memerlukan perancangan yang terancang dan menyeluruh supaya ia dapat difahami dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Kempen yang terancang dan menyeluruh pasti dapat membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej antidadah serta dapat memperkasakan pelajar-pelajar sebagai ejen antidadah di kawasan masing-masing.