STEED UKM

STEED adalah singkatan kepada Science, Technology, Engineering, Education and Dakwah yang merupakan gabungan penyelidik dari UKM dan USIM yang ditubuhkan bertujuan untuk mendidik dam membimbing anak-anak di desa tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan mempunyai keimanan yang kental melalui program STEM Tauhidiyahl. Melalui usaha yang dilakukan ini dipercayai dapat membentuk benteng dan seterusnya menyelamatkan mereka dari anasir-anasir buruk yang bakal mereka hadapai dalam kehidupan mereka seperti ancaman pil kuda, ketum, dadah dan gejala sosial yang lain.

Program STEED ini telah diadakan buat kali pertama pada 8 hingga 11 Ogos 2018 dan kali kedua pada 27-29 Julai 2019 yang bercirikan Kem Musim Panas (Summer Camp) bertempat di Taman Aulia, Kg Pulau Gajah, Kelantan. Program ini diberikan nama sebagai Kem Rahsia Alam kerana ia mengajak peserta menerokai alam semujadi mengkaji sains alami sebagai tanda kebesaran Allah SWT. Ia mampu untuk membantu pelajar memahmi sains dengan lebih mendalam dan mebantu mereka dalam pengajian mereka di sekolah.

Projek ini merangkumi usaha memantapkan pelaksanaan Program Kem Rahsia Alam melalui Kit dan Modul Sains, Kejuruteraan dan tauhidik yang merupakan hasil penyelidikan setiap penyelidik dan pembangunan kad skor yang akan diberikan kepada sekolah untuk memantau perkembangan ciri dan minat STEM dikalangan pelajar. Kebekersanan program STEED dan program-program STEM lain yang dianjurkan di sekolah dapat dimantau melalui perkembangan kad skor setiap pelajar. Modul yang dibangunkan juga akan digunakan untuk melatih guru-guru di sekolah supaya mereka dapat membimbing program seumpama ini disekolah-sekolah.